TERENDAK, 4 MAC 2011 - Mk
1 Bgd telah menganjurkan pertandingan menembak yang disertai oleh
unit-unit di bawah naungannya yang terdiri daripada 3 unit besar dan 9
unit kecil. Pertandingan ini telah berlangsung selama lima hari bermula
dari 24 sehingga 28 Januari 2011 bertempat di Lapangan Sasar Kem
Terendak, Melaka. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Staf 1
Bgd, Lt Kol Abdul Rasek bin Ismail.
Kesabaran, ketahanan fizikal dan tahap penumpuan yang optimum serta
keadaan cuaca merupakan di antara factor-faktor yang mempengaruhi
tembakan para peserta sepanjang pertandingan ini dijalankan. Di akhir
pertandingan, pasukan dari 14 RAMD telah dinobatkan sebagai juara
keseluruhan bagi kategori unit besar manakala pasukan dari 514 AW telah muncul sebagai juara keseluruhan bagi kategori unit kecil 1 Bgd.
Disamping
itu, pertandingan menembak ini juga telah mempertaruhkan skil individu
dalam dua acara iaitu bagi acara individu rifle dan acara individu
pistol. Melalui perkiraan markah, 1091391 SSjn Kamarul bin Ismail dari
24 RAMD telah dinobatkan sebagai Jaguh dalam kategori Rifle manakala
1100984 Kpl Norazman bin Rifin juga dari 24 RAMD telah dinobat sebagai
Jaguh dalam kategori acara Pistol. Upacara penyampaian hadiah dan
majlis perasmian penutup telah di rasmikan oleh Pemerintah Garison
Gemas, Kol Baharuddin bin Jamin. Para peserta telah menunjukkan sikap
kerjasama yang baik, ketahanan fizikal dan mental serta menerapkan
semangat espirit de corps yang tinggi sepanjang pertandingan ini di jalankan.
Artikel dan Foto oleh: Staf Risik 14 RAMD
___________________________________________________
SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN TAHUN 2010
PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)
PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
PW II Mas Adde bin Jamaludin, Sarjan Rejimen, Rejimen 514 (AW), Kem Bukit Beruang,
Melaka antara 33 org yang telah tersenarai menerima Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.Tahniah pada beliau.
______________________________________________________________
12 NOVEMBER 2010 ( BERITA HARIAN )
____________________________________________________
BUKIT BERUANG, 7 Feb - Semua anggota termasuk anggota tetap mahupun anggota sukarela di dalam pasukan Rejimen 514 Askar Wataniah disarankan supaya mempertingkatkan tahap kecemerlangan pasukan dari masa ke semasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW), Kol. Kehormat Datuk Wira Omar Kaseh berkata, ini sekaligus menggambarkan kepada umun bahawa para anggota Rejimen 514 Askar Wataniah sebagai sebuah organisasi yang dapat mempamerkan tahap kecekapan, disiplin dan kesiapsiagaan yang terbaik sebagai pasukan tukarganti kepada pasukan tetap sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada negara.
"Adalah diharapkan para anggota dapat memberikan sepenuh tumpuan dengan matlamat bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan sebagai anggota Askar Wataniah berpandukan kepada objektif yang telah digariskan," katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata demikian semasa berucap melancarkan Latihan Tempatan Sukarela Tahun 2010 Rejimen 514 Askar Wataniah di kem tersebut di sini pagi tadi.
Hadir sama Komander Rejimen 514 Askar Wataniah yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Lef. Kol. Datuk Yusof Jantan; Mejar Kehormat yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid; Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Melaka (KYM), Datuk Saroni Judi dan Timbalan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah, Lef. Kolonel Che Manan Saat.
Turut hadir Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, Sophian Isswandy serta 18 orang pegawai dan 132 anggota lain-lain pangkat Rejimen 514 Askar Wataniah.
Jelas Omar lagi, semua peringkat anggota hendaklah memahami, menghayati dan mempraktikkan budaya kerja dan nilai-nilai ketenteraan dalam latihan yang diperolehi semasa berada dalam pasukan.
Selain itu tambahnya, semua peringkat anggota sama ada anggota tetap atau sukarela supaya tidak terlibat di dalam kegiatan sosial yang negatif dan pertubuhan-pertubuhan yang tidan sah, walaupun mereka adalah seorang awam namun masih merupakan sebahagian daripada organisasi Tentera Darat.
"Kelakuan yang baik hendaklah sentiasa dipamerkan dan bukan hanya semasa berpakaian seragam tentera sahaja," katanya.
Pada majlis tersebut, Omar turut melakukan pemeriksaan perbarisan serta memakaikan pangkat kepada sembilan anggota Rejimen 514 Askar Wataniah.
Omar turut mendengar taklimat berkaitan operasi pasukan yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Latihan dan Pengambilan, Rejimen 514 Askar Wataniah, Mejer Robert Foo Yap Sia.

Zulkifeli
(berdiri empat dari kiri) dan pegawai kanan bersama Askar Wataniah
selepas Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Bukit Katil,
Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.
Parlimen Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin sahut seruan tambah anggota
PERANAN Askar Wataniah (AW)
sebagai pasukan sukarela memang tidak dapat dinafikan. Kewujudan
pasukan ini adalah penting kerana negara memerlukan lebih ramai anggota
sukarela yang komited dalam mencurah bakti kepada keselamatan dan
keamanan negara.
Sehubungan itu, usaha menarik
pembabitan belia, terutama yang bekerja di sektor awam dan swasta untuk
menyertai pasukan itu sentiasa digalakkan.
Menyedari kepentingan peranan pasukan itu, langkah menarik lebih ramai minat belia menyertai AW adalah bertepatan.
Walaupun keselamatan negara tidak
lagi diancam anasir subversif, kesedaran mewujudkan pasukan sukarela
yang terlatih perlu dilaksanakan berterusan.
Selain itu, pembabitan belia dalam
pasukan berkenaan juga dapat mempercepatkan matlamat kerajaan untuk
menyediakan 80,000 anggota sukarela menjelang 2020.
Baru-baru ini, kompeni AW Kawasan
Parlimen Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin di Melaka
dilancarkan sebagai menyahut seruan kerajaan meningkatkan keanggotaan
AW bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersedia pada setiap masa.
Majlis pelancaran yang
disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd
Zin di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka itu bagi memberi peluang
kepada masyarakat mendekati pasukan AW.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar
Kaseh; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan
Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin dan Ahli Parlimen
Tangga Batu, Datuk Idris Haron.
Selain menyaksikan perbarisan seramai
400 anggota Rejimen 514 AW, masyarakat juga berpeluang menyaksikan
acara pertunjukan anjing perang, kawad senyap dan senaman perang.
Orang ramai turut diberikan
pendedahan mengenai peralatan dan kelengkapan ketenteraan melalui
pameran kenderaan tentera, makanan khas, kelengkapan dan alat
komunikasi yang digunakan untuk mempertahankan negara.
Zulkifeli dalam ucapannya berkata,
penubuhan pasukan AW di setiap kawasan menjadi begitu sinonim dan
memberi pendedahan kepada warga awam berhubung sebahagian aktiviti
latihan dan tugas anggota tentera.
Beliau berkata, sebagai orang awam
yang memberikan perkhidmatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
pendedahan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dalam
melaksanakan tugasan harian.
"Selain itu, pembangunan modal insan
dan hubungan baik yang sedia terjalin di antara orang awam dan ATM
juga akan terus dipertingkatkan.
"Dalam konteks ini, saya percaya AW
boleh menjadi penghubung antara tentera dengan rakyat, malah AW
berupaya meniup semangat generasi baru untuk mencurahkan khidmat murni
kepada negara," katanya
____________________________________________________
16 OKTOBER 2010 ( BERNAMA.COM)
ATM Sasar Nisbah Dua Sukarelawan Bagi Seorang Anggota Tetap Menjelang 2020
MELAKA,
16
Okt (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyasarkan nisbah
dua anggota sukarelawan bagi setiap anggota tentera tetap menjelang
2020, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata kewujudan Askar Wataniah (AW) adalah penting sebagai lapisan kedua dalam pertahanan negara dalam konteks pertahanan menyeluruh (HANRUH).
" Kekuatan AW kini mencecah lebih 60,000 anggota di seluruh negara yang akan ditingkatkan pada nisbah dua askar sukarelawan kepada satu anggota tetap menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kompeni AW bagi kawasan parlimen iaitu Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, di sini Sabtu.
Pelancaran membabitkan penubuhan empat kompeni seramai 400 anggota sukarela baru itu yang bermula sejak awal tahun ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Menurut Zulkifeli objektif penubuhan kompeni AW menerusi penyertaan sukarelawan, sukarelawati untuk memperkuatkan pertahanan negara secara kos efektif tanpa bergantung sepenuhnya kepada anggota tetap.
" Cuma kita perlu peruntukkan lebih dalam melipat-gandakan usaha kita untuk ramai lagi tampil ke depan menyertai AW," katanya yang berbangga dengan penglibatan pelbagai kaum dalam AW pada masa kini termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Terdahulu ketika berucap, beliau berkata jika dilihat perkembangan semasa dunia yang tidak menentu dan era glabalisasi yang penuh mencabar, ancaman terhadap sesebuah negara itu boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.
" Oleh itu AW perlulah kompeten dan bersedia setiap masa dengan latihan yang konsisten, efektif dan komitmen bagi meningkatkan kewaspadaan dalam menghadapi ancaman," katanya.
Sementara itu, Mohd Ali memberitahu pemberita kerajaan negeri mencadangkan Rejimen 514 AW di Kem Bukit Beruang dipindahkan ke kawasan baru di Sungai Putat, Batu Berendam, di sini.
" Kita akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan kerana kawasan baru itu mempunyai kawasan lima kali ganda lebih luas dari kem sedia ada dengan semua infrastuktur boleh dibangunkan dengan baik," katanya.
Beliau berkata Melaka kini mempunyai lebih 1,500 anggota AW termasuk 23 orang pegawai profesional yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa pendukung AW yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.
___________________________________________

7 FEBRUARI 2010 ( MELAKA HARI INI )
Saranan Terhadap Anggota Wataniah
Tingkatkan Tahap Kecemerlangan Pasukan - Omar
BUKIT BERUANG, 7 Feb - Semua anggota termasuk anggota tetap mahupun anggota sukarela di dalam pasukan Rejimen 514 Askar Wataniah disarankan supaya mempertingkatkan tahap kecemerlangan pasukan dari masa ke semasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW), Kol. Kehormat Datuk Wira Omar Kaseh berkata, ini sekaligus menggambarkan kepada umun bahawa para anggota Rejimen 514 Askar Wataniah sebagai sebuah organisasi yang dapat mempamerkan tahap kecekapan, disiplin dan kesiapsiagaan yang terbaik sebagai pasukan tukarganti kepada pasukan tetap sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada negara.
"Adalah diharapkan para anggota dapat memberikan sepenuh tumpuan dengan matlamat bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan sebagai anggota Askar Wataniah berpandukan kepada objektif yang telah digariskan," katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata demikian semasa berucap melancarkan Latihan Tempatan Sukarela Tahun 2010 Rejimen 514 Askar Wataniah di kem tersebut di sini pagi tadi.
Hadir sama Komander Rejimen 514 Askar Wataniah yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Lef. Kol. Datuk Yusof Jantan; Mejar Kehormat yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid; Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Melaka (KYM), Datuk Saroni Judi dan Timbalan Komander Rejimen 514 Askar Wataniah, Lef. Kolonel Che Manan Saat.
Turut hadir Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, Sophian Isswandy serta 18 orang pegawai dan 132 anggota lain-lain pangkat Rejimen 514 Askar Wataniah.
Jelas Omar lagi, semua peringkat anggota hendaklah memahami, menghayati dan mempraktikkan budaya kerja dan nilai-nilai ketenteraan dalam latihan yang diperolehi semasa berada dalam pasukan.
Selain itu tambahnya, semua peringkat anggota sama ada anggota tetap atau sukarela supaya tidak terlibat di dalam kegiatan sosial yang negatif dan pertubuhan-pertubuhan yang tidan sah, walaupun mereka adalah seorang awam namun masih merupakan sebahagian daripada organisasi Tentera Darat.
"Kelakuan yang baik hendaklah sentiasa dipamerkan dan bukan hanya semasa berpakaian seragam tentera sahaja," katanya.
Pada majlis tersebut, Omar turut melakukan pemeriksaan perbarisan serta memakaikan pangkat kepada sembilan anggota Rejimen 514 Askar Wataniah.
Omar turut mendengar taklimat berkaitan operasi pasukan yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Latihan dan Pengambilan, Rejimen 514 Askar Wataniah, Mejer Robert Foo Yap Sia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan