JENIS LATIHAN


     Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.

* Latihan Rekrut - Setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.

* Latihan Tempatan - Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (pasukan bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (pasukan teknikal).

* Latihan Lanjutan - Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.

* Latihan Tahunan - Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.

* Latihan Anggota Pakar - Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.

Tiada ulasan: