Rasulullah akan memberi syafaat kepada umatnya tetapi ada juga syafaat
lain iaitu syafaat anak yang meninggal semasa kecil sebagaimana kisah di
bawah ini;
Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak
yg masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang
telah bertanya kepadanya "Apakah yg telah berlaku yg membuat tuan
bertaubat dr kehidupan yg terdahulu?" Beliau menjawab, "Ketika dahulu
saya seorang askar. Terlalu ketagih dengan arak. Sentiasa sibuk dengan
arak. Saya telah membeli seorang wanita hamba yg amat jelita.
Daripadanya telah lahir seorang anak perempuan yang amat saya sayangi.
Anak itu pun sgt syg kpd saya. Apb telah mula berjalan sedikit-sedikit,
maka kasih sayang saya kepadanya telah bertambah. Sentiasa dia bersama
saya.
Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yg mana apb saya
hendak minum arak, dia mengambil cawan di tgn saya dan membuangnya di
atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya saya tidak
dapat membuat apa-apa. Ketika berusia 2 tahun, maka dia meninggal dunia.
Kematiannya amat melukakan hati saya. Sekali peristiwa pada malam 15hb
Syaaban saya telah byk minum arak. Solat isya' pun belum ditunaikan.
Dalam keadaan mabuk terus tidur.
Saya bermimpi kiamat telah
berlaku. Manusia mengibas2 tanah dr kepala mereka bangkit dari kubur
masing-masing berjalan ke padang Mahsyar. Ketika berjalan ke padang
mahsyar, saya mendengar sesuatu di belakang saya. Saya melihat seekor
AZDAHA (ular yg terlalu besar) mengejar saya. Ular itu berwarna hitam,
bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu datang kepada saya dgn
laju. Dikuasai oleh perasaan takut yg amat sgt saya pun berlari secepat
mungkin. Sedang berlari saya berjumpa dgn seorang tua yg berpakaian
putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya dan dia
pun menjawab salam saya. Saya meminta , "tolonglah tuan, ular itu telah
mengejar saya!" Dia menjawab "Aku sgt lemah. Dia terlalu kuat. Aku tidak
mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju
lagi. Mungkin di hdpn nnt kamu boleh mendapat sesuatu untuk
menyelamatkan diri kamu dr ular itu".
Di satu tempat saya melihat
satu busut dan terus naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat
merbahaya lagi. Walaupun api neraka itu sgt dahsyat, namun kerana
dikuasai perasaan takut pd ular itu saya hampir terjatuh ke dalam parit
api neraka itu. Ketika itu saya mendengar satu suara yg agak kuat.
"Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)". Maka
saya pun patah balik ke belakang dengan serta merta. Saya telah menemui
orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya berkata kepadanya,
"Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah meminta
tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap
mengejar saya!. Mendengar kata-kata saya itu, org tua itu menangis
sambil berkata, "Apakah yg aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sgt
lemah dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan
tetapi, hadapan sedikit ada lagi satu bukit dimana ada amanah orang2
islam. Barangkali kamu pun ada sesuatu amanah di situ yg akn menjadi
asbab keselamatan kamu dr ular itu".
Saya pun berlari sehingga
sampai di bukit itu. Ular pun mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat
itu byk tingkap yang terbuka. Tirai dr sutera tergantung dengannya.
Setiap tingkap ada dua daun tingkap dr emas, dihiasi dgn permata yaqut
& mutiara. Apb saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya dengar satu
suara malaikat, "Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah kamu
sekalian! Mungkn di kalangan kamu ada sesiapa yg merupakan amanah orang
bermusibah ini dan ia boleh menolongnya". Dgn serta merta tingkap itu
dibuka dan ramai kanak-kanak spt bulan purnama keluar dr dlm bukit itu.
Tetapi saya dlm keadaan gelisah krn ular itu semakin menghampiri saya.
Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan berteriak, "Keluarlah
semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap orang yang bernasib
malang itu!". Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari
bukit itu. Kebetulan pandangan saya terjatuh pada anak perempuan saya yg
telah meninggal dunia pada umur dua tahun. Melihat saya dia mula
menangis sambil berkata, "Demi Allah! Itu adalah ayahku!" Dengan serta
merta dia terjun pantas seperti anak panah dan naik ke atas satu
kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya kepada saya. Saya
pun lekas-lekas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan tangan
kanannya kepada ular itu yg terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu
pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia
sendiri duduk di atas pangkuan saya. Dia menggerakkan tangannya di atas
janggut saya sambil berkata, "Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi
orang-orang beriman untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan
pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AL-QURAN)yg diturunkan kepada
mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yg telah
diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa
yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya
orang-orang fasik--derhaka.[Hadeed: 16]'
Mendengar kata-katanya
itu saya mula menangis. Saya bertanya kepadanya, "Wahai anakku! Kamu
semua pandaikah membaca Al-Quran?" dia menjawab, "Kami lebih pandai
membaca Al-Quran daripada kamu sekalian". Saya bertanya, "Anakku, apakah
musibah ular itu?" dia menjawab, "Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah
telah membekalkan kekuatan yg banyak kepadanya sehingga dia sedaya
upaya membawa ayah ke dalam neraka!". Saya bertanya lagi, "Siapakah
orang tua yang warak itu?" Dia menjawab, "Dia itu amalan baik yang
dilakukan ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia
tidak dapat menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah
akan jalan keselamatan." Saya bertanya, "Anakku, apakah yang kamu buat
di dalam bukit itu?" Dia menjawab, "Kami semua anak-anak orang islam.
Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu.
Apabila kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu".
Semoga dapat disampaikan. InsyaAllah.
Rujukan : Fadhilat Sedekah karangan Staikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya R.A.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan