SEJARAH PENUBUHAN AW

        Di Semenanjung Tanah Melayu, bermulanya di Pulau Pinang ditubuhkan Penang Volunteerrs pada tahun 1861 berdasarkan Akta Volunteer Ordinance 1888.Pada tahun 1902,Negeri- Negeri Melayu Bersekutu ( FMS ) yang terdiri dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menubuhkan Malay states Volunteer Rifles ( MSVR ) yang kemudiannya dikenali sebagai Federated Malay States Volunteer Force ( FMSVF ), Unfederated Malay States Volunteer Force ( UFMSVF ) dan States Settlement Volunteer Force ( SSVF ). Apabila darurat tercetus pada tahun 1948,Kerajaan British telah merombak semula pasukan Sukarela menjadi pasukan Home Guard. Pasukan ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.Pasukan Home Guard telah dibubarkan pada tahun 1958 dengan penubuhan Askar Wataniah pada 1 Jun 1958.Justeru itu The Territorial Army Ordinance 1958, The Territorial Army ( Terms of Service ) Regulation 1959 dan The Territorial Army ( Pay and Allowances ) rules 1959 telah diluluskan sebagai kuasa untuk penubuhan dan perlaksanaan tanggungjawab Askar Wataniah.Tujuan utama Askar Wataniah adalah Untuk melatih belia- belia negara dengan latihan ketenteraan sepenuhnya supaya membolehken mereka menjadi anggota simpanan yang bersedia serta mampu membantu pasukan keselamatan mempertahankan negara apabila keadaan memerlukan.Penyertaan muda- mudi dalam Askar Wataniah merupakan satu sumbangan murni dalam menyahut seruan pertiwi selaras dengan konsep HANRUH ( Pertahanan Menyeluruh ).

Tiada ulasan: