PASUKAN-PASUKAN ASKAR WATANIAH


1. Askar Wataniah (AW) telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:

* Elemen Tempur.
* Elemen Bantuan Tempur.
* Elemen Bantuan Perkhidmatan.
* Elemen Pakar.
* Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).




ELEMEN TEMPUR

2. Siri 500 Askar Wataniah - Elemen ini berperanan sama seperti pasukan-pasukan infantri Angkatan Tentera Tetap. Terdapat enam belas rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia pada ketika ini. Setiap rejimen mempunyai tiga batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi.

* Armor - Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor AW yang diintergrasikan dalam setiap rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut terletak di Port Dickson, Kuantan, Sungai Petani, Kuching dan Kota Belud, Sabah.



ELEMEN BANTUAN TEMPUR

* Semboyan - Skuadron-skuadron Semboyan Medan AW telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD. Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Sungai Besi.

* Jurutera - Mewujudkan Skuadron-skuadron Jurutera AW dengan melatih anggota Sukarela dalam aspek kejuruteraan medan. Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu, Kajang, Klang dan Pulau Pinang.

* Artileri - Konsep penubuhan sama seperti Armor di mana satu Bateri Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu, Taiping, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur.

* Risik - Kor Risik mempunyai sebuah unit yang diintegrasikan ke batalion KRD (Tetap). Unit ini terdapat di Pulau Pinang.


ELEMEN BANTUAN PERKHIDMATAN

* Kor Perkhidmatan - Terdapat lima Kompeni Angkut AW. Satu Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara, AW. Lokasi unit-unit adalah di Seremban, Kuala Lumpur manakala Platun Hantaran Udara di Taiping.

* Kor Ordnan - Terdapat satu Kumpulan Ordnan Briged AW (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap di Kuching, Taiping, Melaka dan Kuantan.

* Kor Jurutera Letrik Dan Jentera - Terdapat dua wokshop JLJ AW iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur manakala empat Wokshop Medan AW bertempat di Taiping, Melaka, Kuantan dan Kuching.

* Kor Kesihatan - Terdapat empat Kompeni Ubat AW bertempat di Kuantan, Kluang, Sungai Petani dan Kuching.



ELEMEN PAKAR

* Unit Semboyan Pakar - Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan unit pakar ini terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia.


* Unit Jurutera Pakar - Markas Jurutera di Kuala Lumpur. Elemen Jurutera Pakar terdiri daripada:

* Jurutera Pakar Pelabuhan: Unit-unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaan terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Kuantan, Klang, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching.

* Jurutera Pakar Keretapi: Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggarakan KTMB semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB.

* Jurutera Pakar Pengendalian Air: Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air.

* Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa: Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad.


PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

3. PALAPES ditubuhkan di dua belas Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai pusat pengeluaran pegawai graduan.

* Pasukan AW Kerahan (Mobilisasi) - Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara beberapa pasukan AW telah dikerah sepenuh masa untuk menjaga keselamatan sempadan dan kawasan-kawasan strategik negara. Antara pasukan-pasukan yang masih dikerah ialah:

- Siri 300 AW.
- Pusat-Pusat Kawalan Sasaran Penting.

* Siri 300 AW - Unit-unit ini dikerah untuk menjaga keselamatan Lebuh Raya Timur Barat dan sempadan negara. Operasi Pagar di kawasan Kedah dan Perlis serta Perak dan Kelantan.

* Pusat Kawalan Sasaran Penting - Unit Sasaran Penting diwujudkan di tempat strategik negara dan terletak di bawah pentadbiran Markas Pemerintahan Briged.

Tiada ulasan: