SEJARAH REJIMEN 514 BUKIT BERUANG,MELAKA


      Sejarah penubuhan pasukan sukarela di Negeri Melaka bermula pada 25 Oktober 1901 apabila satu kompeni repal telah ditubuhkan oleh pihak British. Kompeni ini merupakan sebahagian daripada Singapura Volunteer Force (SVF) diketuai oleh seorang pegawai british, Kapt R.N bland yang beribu pejabat di Singapura. Pada peringkat awalnya keanggotaan Kompeni terdiri daripada orang- orang British yang berkerja di Melaka sebelum dibuka kepada bangsa Melayu, Cina Dan India. Kompeni ini kekal sebagai SVF sebelum dibubarkan pada tahun 1906.
Semasa pergolakan Peperangan Dunia Pertama, SVF telah disusun semula dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF) di tubuhkan diikuti dengan penubuhan Melaka Volunteer Rifles (MVR) pada 12 Ogas 1915. Penubuhan pasukan ini adalah untuk menjaga kepentingan British di Negeri- Negeri Selat. Disebab penglibatan pihak British secara langsung dalam perang dunia pertama maka keanggotaan MVR diperbesarkan sehingga mencapai kekuatan 890 orang.Pada ketika ini ramai anak- anak melayu tempatan negeri Melaka memasuki pasukan Sukarela. Diantara yang menyerlah adalah Kapt Mohd Ali Maidin,Lt Abbas bin Saad dan Lt Abu Bakar bin Umar.Diatas perkhidmatan yang cemerlang dan semangat juang yang ditunjukkan, MVR telah menerima 'Coronation Parade of King'di London pada 12 Mei 1929.Kapt Mohd Ali bin Maidin telah dipilih mewakili MVR untuk menerimanya di London.Pada ketika ini MVR dibawah pemerintahan Mej W.M.Sime.Penempatan awal MVR ialah di Tanjung Beruas dan aktiviti latihan dikawasan Tampin dan Batang Melaka.Pada tahun 1931,MVR telah disusun semula dan digabungkan dibawah Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF) yang beribu pejabat di Singapura. Diatas perkhimatan cemerlang MVR, kerajaan British melalui Pesuruh Jaya Tinggi British di Malaya telah Menganugerahkan Panji- panji Rejimen pada tahun 1934.MVR turut berganding bahu menentang tentera Jepun. Pada tahun 1942 apabila Jen Percival secara rasmi mengaku kalah kepada Jen Yamashita, MVR turut dibubarkan dan ramai anggotanya menyertai pasukan Tentera sulit Force 136 bagi Menentang tentera Jepun secara gerila dihutan.
Pembukaan Kem Bukit Beruang bermula pada 18 Jun 1948 oleh Pihak British dengan penubuhan Home Guard apabila Sir Edward Gent mengistiharkan Ordinan Darurat.Home Guard ditubuhkan bagi menentang ancaman pengganas komunis disamping menjaga keselamatan sasaran penting, perkampungan dan pekan kecil. Pembukaan Kem Bukit Beruang merupakan titik permulaan penglibatan pihak kerajaan negeri serta anak watan dalam pasukan tentera sukarela negeri Melaka. Apabila darurat tamat pada 31 julai 1960, pasukan Home Guard yang berpengkalan di Bukit Beruang turut dibubarkan. Keadaan Kem ini pada masa itu hanyalah beberapa bangunan yang beratap zink yang separuh kekal dengan kemudahan asas yang minimum. Apabila Home Guard dibubarkan, Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) Negeri Melaka ditubuhkan di Bukit Beruang. Sebahagian Besar Anggota Home Guard diambil menyertai PPT.Kemuncak penubuhan PPT Melaka ialah apabila anggotanya diserap didalam penubuhan unit- unit Tentera Darat. Anggota PPT Melaka juga turut terlibat dalam kerahan sepenuh masa semasa Konfrontasi pada tahun 1963 serta kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Pada tahun 1968, beberapa bangunan yang sedia ada turut dipertingkatkan diikuti dengan pembinaan blok urus tadbir dua tingkat, padang kawad dan garaj kenderaan. PPT Melaka ketika ini diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Kapten sebagai Pegawai Memerintah, seorang Leftenan sebagai Ajutan dan pegawai gaji serta Sarjan Mejar Rejimen dan PPT Kanan sebagai Pegawai Latih.Sesuai dengan penyusunan semula Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) pada 1 Januari 1980,PPT Melaka telah dibubarkan dan dikenali sebagai Batalion ke 5 Rej 502 (PSTD) yang merupakan salah satu dari batalion dibawah Rej 502 (AW) berpangkalan dijalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pada 1 Januari 1981, selaras dengan penubuhan Rej 508 (AW) di Seremban, Negeri Sembilan, Bn 5 Rej 502 (PSTD) Negeri Melaka telah dibubarkan dan dikenali sebagai Bn 2 Rej 508 (AW). Penempatan Bn ini kekal di Kem Bukit Beruang dan bertanggungjawab dalam pengambilan anggota sukarela diseluruh Negeri Melaka. Batalion ini juga turut menyumbang anggota untuk dikerah sepenuh masa dan berkhidmat dipasukan siri 100 dan 300 (AW). Pada masa itu kemudahan di Kem ini turut dipertingkatkan dengan pembinaan dua blok penginapan lelaki , 1 blok penginapan perempuan, dewan makan dan dewan terbuka (Dewan Seri Beruang).
Majlis Anggkatan Tentera (MAT) ke 353 yang bersidang pada 28 Oktober 1996 memutuskan penubuhan Rejimen 514 Askar Wataniah bagi Negeri Melaka. Penubuhan ini adalah selaras dengan pengubahsuaian struktur semua Rejimen siri 500. Selaras dengan itu, Bn 2 508 (AW) yang bertempat di Kem Bukit Beruang, Melaka telah dibubarkan dan dijadikan nukleus kepada Markas Rej 514 (AW). Tarikh penubuhan Rej 514 (AW) adalah pada 14 Jun 1997. Dalam pada itu rejimen perlu mencapai status operasi sepenuhnya pada 14 Jun 1999. Walau bagaimanapun status operasi telah dicapai oleh Rej 514 (AW) pada 1 Jun 1999.
Pada 7 Mei 2002, Rej 514 (AW) memperolehi waren perjawatan bilangan K 9 tahun 2002 melalui rujuk KP/PERJ/155/3 Jil 4 (55) bth 20 Mac 2002.Nombor perjawatan rejimen adalah FED (M)/4142/1/2002.Penubuhan Rej ini adalah merupakan kemuncak kepada perkembangan kegiatan pasukan sukarela di negeri Melaka yang turut mempunyai Rejimen AW tersendiri seperti negeri- negeri lain

Tiada ulasan: